Telegram Group Search
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah di kem pelarian Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Kebuluran terus ancam nyawa kanak-kanak Gaza

Sekatan bantuan kemanusiaan bawa malapetaka kepada penduduk Palestin

GENEVA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - 90 peratus kanak-kanak Gaza kini kebuluran dan kekurangan makanan sepanjang tempoh perang di wilayah terkepung itu.

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran, sekatan bantuan kemanusiaan telah membawa malapetaka kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

Katanya, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Gaza tidak mendapat nutrien mencukupi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan sihat mereka.

"Lima set data yang dikumpul antara Disember 2023 hingga April 2024 mendapati, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kekurangan makanan yang teruk.

"Sekatan terhadap keupayaan keluarga untuk memenuhi keperluan makanan kanak-kanak sekali gus meletakkan golongan ini berisiko mengalami kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa," katanya.

UNICEF berkata, 27 peratus kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kekurangan makanan yang teruk pada peringkat awal di bawah umur lima tahun yang merangkumi 181 juta orang.

"Inilah realiti bagi jutaan kanak-kanak kecil, ia memberi kesan negatif yang tidak dapat dipulihkan terhadap kelangsungan hidup, pertumbuhan dan perkembangan otak mereka," katanya. - Agensi

Pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah di kem pelarian Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
AS kenakan sekatan ke atas kumpulan bersenjata Palestin di Tebing Barat

Beku mana-mana aset dipegang kumpulan itu di bawah bidang kuasa AS


TEBING BARAT, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas Lions’ Den, kumpulan bersenjata Palestin yang berpangkalan di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

Lions' Den kini menjadi kumpulan Palestin pertama yang dikenakan sekatan AS di bawah perintah eksekutif dikeluarkan Presiden AS, Joe Biden, yang sebelum ini digunakan untuk menyasarkan penceroboh Israel yang ganas di Tebing Barat.

Mengumumkan langkah itu, Jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller memetik serangan oleh Lions' Den ke atas Israel di Tebing Barat sejak 2022.

Tindakan itu akan membekukan mana-mana aset yang dipegang kumpulan itu di bawah bidang kuasa AS dan menghalang rakyat Amerika daripada berurusan dengan kumpulan itu, walaupun tidak jelas sama ada Lions' Den mempunyai sebarang kaitan dengan sistem kewangan AS.

Kumpulan itu muncul pada 2022 di Kota Lama Nablus dan telah terlibat dalam pertempuran dengan tentera Israel dan serangan ke atas penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Kumpulan bersenjata itu mendapat populariti di dalam negara sejak kemunculan awam rasmi pertamanya pada September 2022.

Kumpulan Palestin yang agak baharu itu juga mendapat sokongan daripada rakyat Palestin merentasi spektrum politik Palestin yang lebih luas.

Anggota kumpulan itu termasuk aktivis daripada Fatah, Hamas, Jihad Islam, dan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin.

Kumpulan itu juga bertempur dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA), badan induk di Tebing Barat, dan ramai ahli semasa Lions' Den adalah warga Palestin yang sebelum ini ditahan PA. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Arab Saudi umum wukuf di Arafah 15 Jun

1.2 juta jemaah dari pelbagai negara telah berada di sana

RIYADH, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Arab Saudi mengumumkan kemuncak ibadah haji iaitu Hari Wukuf di Arafah, pada 15 Jun, diikuti Hari Raya Aidiladha pada keesokannya, 16 Jun 2024.

Mahkamah Agung negara itu menyatakan bulan terakhir kalendar Islam, Zulhijah bermula hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menandakan ibadah haji akan bermula pada 8 Zulhijjah atau 14 Jun dan berakhir pada 12 Zulhijjah, 18 Jun.

Berdasarkan angka rasmi, lebih 1.8 juta orang Islam mengerjakan ibadah haji pada tahun lalu.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah berkata, pada tahun ini pula, seramai 1.2 juta jemaah dari pelbagai negara telah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji. - Agensi

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Rejim Israel telah melancarkan 464 serangan terhadap fasiliti kesihatan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Reman sambung 6 hari lagi, bapa Zyan Rayyan dakwa difitnah

Permohonan pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

PETALING JAYA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendakwa difitnah apabila dikaitkan dengan kes pembunuhan anaknya di Damansara Damai, Disember tahun lalu.

"Saya dianiaya, ini semua fitnah," demikian kata bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan disambung selama enam hari lagi.

Majistret, Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di luar mahkamah, keluarga kepada ibu bapa Zayn berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis 'Justice Zaim dan Isma'.

"Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah," jerit wanita itu seperti dilapor media tempatan.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, pada 10 malam.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Ops Kesan 2.0 : KPDN wujudkan pasukan petugas khas tangani isu atau aduan berkaitan harga barang dan perkhidmatan - Armizan
Sudah tiba masa penggunaan BM di sekolah vernakular diwacana secara ilmiah

KPM kena tegas, jangan tunduk desakan remeh setengah pihak


KUALA LUMPUR, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Penggunaan bahasa Melayu dalam semua instrumen pengajian berupaya membenihkan jati diri bangsa selaras dengan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' yang sering dilaung-laungkan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perlu diingatkan bahawa bahasa adalah pengikat bangsa dan menjadi simbol perpaduan bangsa.

"Semua pihak sewajarnya berusaha memperkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di dalam setiap displin pengajian, tanpa meminggirkan keperluan pemakaian bahasa Inggeris dan bahasa ibunda dalam beberapa bidang pengajian.

"Justeru dalam isu berkaitan [pelaksanaan Dual Language Programme (DLP)], Kementerian Pendidikan (KPM) hendaklah tegas dan jelas supaya kementerian tidak dilihat 'flip flop' atau tunduk pada mana-mana pihak dengan tindakan remeh sesetengah pihak dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan itu berpandangan, sudah tiba masanya isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah vernakular diwacanakan secara ilmiah selaras dengan Seksyen 17, Akta Pendidikan.

"Jika resolusinya memerlukan kepada pindaan seksyen berkenaan, apa salahnya diteruskan agar ia seiring dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?,” katanya.

Pada Rabu lalu, Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Dilaporkan, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa KPM mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains serta Matematik.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Draf Rang Undang-undang pindaan Akta 50 di peringkat semakan Jabatan Peguam Negara - Dr Dzulkefly
KKM akan bincang dengan KPT untuk tingkatkan pakar geriatrik, sasar lapan pakar setahun - Dr Dzulkefly
Dua lagi kematian jemaah haji Malaysia direkodkan pada 3 dan 4 Jun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan empat orang - TH
Lembaga Sekolah, PIBG SMJKC dan SMC cabar kedaulatan Bahasa Melayu

SMJKC terima bantuan dari kerajaan, patut sokongan hasrat murni semai patriotisme


BANGI, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Bantahan terhadap cadangan bagi mewujudkan satu kelas bahasa Melayu untuk Dual Language Programme (DLP) seakan mencabar Perlembagaan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 152.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang sewajarnya menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ini kerana, ianya adalah satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di dalam pengajaran dan pembelajaran sekali gus memperkukuhkan kedudukan Bahasa Kebangsaan seperti yang terdapat dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

"Sepatutnya SMJKC yang menerima bantuan dari kerajaan, perlu menyokong hasrat murni ini bagi menyemai patriotisme melalui penghayatan Bahasa Kebangsaan.

"Meskipun DLP sesuai diajar di dalam medium Bahasa Inggeris namun penguasaan Sains dan Matematik tidak terikat kepada penggunaan Bahasa Inggeris.

"Ini kerana negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, China menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing di dalam menguasai Sains dan Matematik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, IGuru menggesa semua pihak akur dengan cadangan KPM dan beliau berharap tidak ada mana-mana pihak memanipulasikan isu untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, IGuru menyokong sepenuhnya cadangan KPM bagi mewujudkan satu kelas DLP Bahasa Melayu di SMJKC demi mengangkat martabat Bahasa Melayu.

Pada masa sama, ia dapat membuka peluang untuk murid-murid mengikuti kelas DLP di SMJKC.

"Tindakan Lembaga dan PIBG SMJKC itu adalah biadap dan tidak menghormati Perlembagaan.

"Sekiranya Lembaga atau PIBG SMKJC tidak berpuas hati mereka wajar menggunakan saluran yang betul dan melalui perbincangan yang harmoni," katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Turkiye pulangkan 55 artifak sejarah kepada Iran

11 artifak dari Zaman Gangsa dan Islam, terbukti milik Iran


ANKARA, 29 Zulkakedah 1445H, Jumaat - Turkiye memulangkan 55 artifak sejarah kepada Iran sebagai sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negara jiran itu tahun lalu untuk memerangi penyeludupan harta budaya.

Ketika majlis di Muzium Arkeologi Erzurum, pegawai Turkiye menyerahkan artifak itu kepada Konsulat Iran di bandar timur Turkiye.

Ketua Pengarah Warisan Budaya dan Muzium Turkiye, Birol Incecikoz berkata, barangan yang dihantar pulang, termasuk 42 syiling, pedang milik dinasti Sasania purba, kendi gangsa dan 11 artifak dari Zaman Gangsa dan zaman Islam, terbukti milik Iran.

Beliau juga menyatakan bahawa Turkiye telah menjalankan kerja komprehensif mengenai penyeludupan artifak, dengan berkata;

"Setiap artifak budaya adalah permata milik negara. Ia mesti dipamerkan di negara asalnya.

"Pemulangan aset budaya akan menjadi visi kami, sebagai sebuah negara mulai sekarang, terutama dalam memerangi penyeludupan artifak sejarah," tambahnya.

Konsul Jeneral Iran di Erzurum Mohammad Ebrahimi mengucapkan terima kasih kepada Turkiye kerana menemui dan memulangkan artifak itu.

Beliau menekankan bahawa Iran adalah sebuah negara purba dengan sejumlah besar monumen yang didaftarkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Israel guna senjata AS bom sekolah Gaza

Serpihan senjata ditemui merujuk kepada syarikat Honeywell

GAZA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Israel didakwa menggunakan senjata buatan Amerika Syarikat (AS) ketika mengebom sekolah al-Sardi di kem pelarian Nuseirat, sehingga mengorbankan nyawa 40 Palestin, semalam.

Al Jazeera melaporkan, serpihan senjata yang ditemui di Nuseirat mempunyai nombor pengilang dan kategori HG1930BA06, yang merujuk kepada syarikat Honeywell.

Antara yang ditemui ialah unit ukuran inersia daripada peluru berpandu, yang digunakan untuk membantu penyasaran ketepatan dihasilkan Honeywell.

Honeywell ialah sebuah konglomerat AS yang pakar dalam reka bentuk dan penghantaran peranti penderia dan panduan yang digunakan dalam pelbagai senjata tentera.

Bahagian sama ditemui selepas pengeboman Israel ke atas sebuah rumah rakyat Palestin di Shujayea, Gaza pada 2014.

Kedua-dua bahagian itu, dalam pengeboman terbaharu dan 2014, tertera nombor pengilang sama.

Al Jazeera mengesahkan telah cuba menghubungi Honeywell untuk mengulas, namun belum menerima jawapan setakat ini.  - Agensi

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
11 maut Israel serang tengah Gaza

Askar lepaskan tembakan ke arah pembekal elektrik utama kem


GAZA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Serangan ganas Israel ke atas tengah Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin, enam daripadanya di Maghazi dan lima di Nuseirat, menurut agensi berita Wafa.

Dua orang turut terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kota Gaza.

Askar melepaskan tembakan ke arah pembekal elektrik utama di kem, menghalang ambulans daripada bergerak bebas dan melepaskan tembakan ke arah wartawan untuk menghalang mereka daripada membuat laporan.

Serangan itu berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan amaran terhadap pencerobohan di Rafah.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, lebih sejuta orang telah dipindahkan secara paksa dari Rafah.

Ramai daripada mereka pergi ke tengah Gaza, yang kini menanggung beban serangan dan operasi darat Israel.

Selain di Gaza, tentera Israel melakukan satu lagi serbuan maut di Jenin, Tebing Barat, membunuh tiga orang, termasuk seorang budak lelaki berusia 17 tahun.

Askar Israel dilaporkan menyerbu kem pelarian Jenin pada Khamis dan mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA PADA 17 JUN

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi," katanya.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Keterangan tak konsisten faktor ibu bapa Zayn Rayyan disambung reman

Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lepas, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian.

"Terdapat perkara yang tidak konsisten yang perlu diselesaikan. Sebab itu kita perlukan enam hari lagi untuk siasatan lanjut dan menyelesaikan sebarang percanggahan sehingga kita berpuas hati dengan hasilnya.

"Tidak konsisten daripada kedua ibu bapanya dan saksi-saksi lain…yang ini, tidak boleh diperincikan sebab dalam siasatan," katanya.
Dua maut, 37 cedera dalam kemalangan bas persiaran dan treler di Jalan Bahau-Keratong, Rompin sekitar 1.30 pagi - Polis
Guru lelaki disahkan maut menjadikan tiga mangsa meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Rompin, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Terdahulu, dua mangsa maut iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan Mohd Adi Hasan, 29.

Bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Harga runcit diesel RM3.35 mulai esok

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter mulai esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang media Penyasaran Subsidi Diesel Kompleks Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
2024/06/09 22:48:02
Back to Top
HTML Embed Code: